Mario Balotelli telah mengambil keputusan untuk kekal bersama Nice bagi mengharungi saingan Ligue 1 musim 2018-19.
Balotelli dijangka bakal berhijrah dalam jendela perpindahan musim panas lalu selepas dilaporkan bakal menyertai Marseille tetapi ketua jurulatih pasukan, Patrick Vieira, mendedahkan penyerang kebangsaan Itali itu akan kekal beraksi di Allianz Riviera.
Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu, yang terlepas dua aksi pertama kerana digantung tiga perlawanan, mendedahkan keputusannya untuk terus bersama pasukan.
"Keputusan telah diambil. Setelah meneliti terma syarat, Mario Balotelli telah mengambil keputusan tidak akan berhijrah," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh laman twitter Nice.
"Pemain kebangsaan Itali itu telah bersetuju dan kekal beraksi untuk musim 2018-19.
"Digantung dalam tiga perlawanan Ligue 1, Balotelli yang telah menjaringkan 43 gol akan kembali dalam kesebelasan utama minggu depan berdepan Lyon."