Skip to main content

Bola Sepak

Balotelli bangkit semula selepas tinggalkan Liverpool -- Favre

balotelli-cropped_17ltucdxu3ewx1pcse9blvn88l.jpg
Pengendali Nice, Lucien Favre, memuji kebangkitan semula Mario Balotelli dalam Ligue 1 dan berpendapat pemain itu sedang menikmati musim terbaik dalam kariernya.

Penyerang Itali itu telah meledak 15 gol dalam 23 penampilan liga musim ini untuk membawa Nice mara ke kelayakan Liga Juara-Juara musim depan selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.

Dibenarkan untuk meninggalkan Liverpool secara percuma, Ogos tahun lalu, Balotelli telah menerima tiga layangan kad merah di England tetapi Favre berjaya mengembalikan kehebatan pemain yang dianggap mudah naik angin itu.

Tatkala Liverpool masih belum mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara memasuki perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini, Favre berpendapat Balotelli mendapat kesudahan yang lebih baik.

Favre memberitahu sidang media: "Kami perlu bersikap jujur. Pada awal musim, semua orang bertanyakan soalan sama -- 'Adakah rancangan ini akan berkesan?'

"Bukan mudah untuk memberi jaminan awal ketika itu tetapi seperti sudah saya katakan, dia banyak membantu kami. Dia menjaringkan gol penting, terutama pada bulan September tahun lalu, dan menyuntik semangat dalam pasukan.

"Kekurangan Balotelli hanyalah daripada aspek konsistensi.

"Saya terbuka dengan cadangan mengambil Balotelli. Kami tidak diberikan pilihan ketika itu tetapi setelah berbincang, kami berpendapat ia mungkin cadangan yang baik.

"Kini kami sedar bahawa ia satu idea yang baik!"
 

Advertisement

Must Watch Video