Karim Benzema berkata bahawa impiannya sejak dari kecil sudah tertunai sebaik dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or di Paris awal pagi tadi.
Kapten Real Madrid berkenaan memenangi anugerah berprestij itu buat kali pertama atas usaha yang dilakukannya sepanjang musim 2021-22 untuk diiktiraf sebagai pemain terbaik dunia dalam satu majlis di Theatre du Chatelet.
Benzema menjaringkan 44 gol daripada 46 perlawanan ketika Madrid menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di bawah bimbingan Carlo Ancelotti musim lalu.
Penyerang Perancis itu, yang akan berusia 35 tahun pada Disember ini, menjadi pemain tertua memenangi Ballon d'Or sejak Stanley Matthews memenangi anugerah sama pada 1956.
Benzema menerima trofi anugerah itu daripada bekas ketua jurulatihnya di Madrid, Zinedine Zidane, yang juga merupakan pemain Perancis terakhir memenangi anugerah itu pada 1998, sekali gus menjadi hari paling istimewa buat negara kelahirannya.
Dia berkata: "Melihat anugerah ini di depan saya membuatkan saya berasa amat berbangga dengan segala usaha yang telah saya lakukan.
"Ia merupakan impian sejak kecil, untuk mendapatkan motivasi ini... Saya memiliki dua suri teladan, Zidane dan Ronaldo (legenda Brazil) dan saya sentiasa memiliki impian ini dalam fikiran saya bahawa tiada apa yang mustahil.
"Terdapat waktu yang sukar di mana saya tiada dalam pasukan Perancis tetapi saya tidak pernah mengalah dan berhenti berusaha keras.
"Saya benar-benar berbangga dengan perjalanan saya. Ia bukan mudah, ia amat sukar. Untuk kali pertama berada di sini, saya amat gembira, saya puas dengan usaha saya dan mahu meneruskannya.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua rakan sepasukan saya di Real Madrid dan Perancis, dan kepada jurulatih saya dan presiden Real Madrid yang berada di sini hari ini, juga atas sokongan Jean Michel-Aulas (presiden Lyon).
"Terdepat ramai orang yang saya mahu berterima kasih. Ini merupakan anugerah individu tetapi ia masih kolektif kerana setiap orang memainkan peranan mereka," katanya.

? Karim Benzema : « It's an honour, it was a childhood dream becoming the Ballon d'Or »#ballondor pic.twitter.com/17ykH6YPzd
— Ballon d'Or #ballondor (@francefootball) October 17, 2022