Gareth Bale tidak memikirkan untuk meninggalkan Real Madrid dan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), kata ejennya, Jonathan Barnett.
Bintang Wales itu dikaitkan dengan perpindahan ke England selepas mengharungi musim keenam yang sukar di ibu kota Sepanyol itu.
Pemain berusia 29 tahun itu, yang telah menjaringkan 14 gol dalam 38 penampilan musim ini, diejek peminat selepas mempamerkan aksi tidak menentu dalam kemenangan 2-1 LaLiga ke atas Eibar, minggu lalu.
Zinedine Zidane, yang kembali sebagai pengurus bulan lalu, tidak tampil mempertahankan masa depan jangka panjang Bale di Madrid selain enggan memberikan sebarang jaminan bahawa pemain itu akan menjadi sebahagian daripada perancangannya pada masa depan.
Bagaimanapun, Barnett menegaskan Bale tidak mahu meninggalkan Santiago Bernabeu.
Dia memberitahu Deportes Cuatro: "Dia sangat gembira di sini, dia adalah tonggak Real Madrid. Ketika ini, dia tidak terlintas untuk kembali ke England.
"Saya tidak boleh meramalkan masa depan tetapi buat masa ini, dia sangat gembira."
Bale menyertai Madrid daripada Tottenham pada tahun 2013 dengan yuran rekod dunia bernilai €100 juta (RM461.5j).
Bale memenangi 13 trofi utama sejak berkelana di Sepanyol, termasuk empat kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL).
Manchester United dan Chelsea sering dikaitkan dengan tawaran untuk mendapatkan bekas pemain Southampton itu.