Ketua jurulatih, Zinedine Zidane, mendedahkan Gareth Bale tidak menyertai Real Madrid dalam saingan Piala Audi di Munich atas nasihat pegawai perubatan Real Madrid.
Real mengalami kekalahan ketiga dalam empat aksi pra-musim di Allianz Arena semalam -- Harry Kane muncul wira Tottenham apabila membantu pasukannya meraih kemenangan 1-0.
Bale tidak mengambil bahagian dalam saingan tersebut tetapi dijangka kekal di bawah kendalian Zidane selepas perpindahannya ke kelab Liga Super China, Jiangsu Suning, terbatal.
"Bale tidak bersama pasukan kerana kurang sihat," kata Zidane.
"Pegawai perubatan menasihatkan lebih baik jika Bale kekal di Madrid dan berlatih di sana. Ia merupakan keputusan yang diambil bersama, kami telah bercakap dengan Bale mengenai hal ini."
Bale menemui sasaran ketika seri 2-2 dengan Arsenal dan ia kekal sebagai satu-satunya keputusan positif buat Los Blancos setakat ini menjelang saingan musim 2019-20 yang bakal bermula tidak lama lagi.
Zidane turut tidak dapat mendedahkan masa depan James Rodriguez -- seorang lagi pemain yang tiada dalam perancangannya.
"Saya sentiasa berfikiran positif. Saya mengetahui sukar apabila pasukan mengharungi musim yang sukar.
"Kami belum bersedia tetapi telah mula mendapatkan kembali keyakinan ketika beraksi. Kami hanya memerlukan satu kemenangan," ujarnya.
Persembahan penjaga gol Los Blancos, Keylor Navas, merupakan antara perkara yang positif buat Real selepas menafikan beberapa percubaan Tottenham.
Thibaut Courtois mengalami kecederaan buku lali ketika dibolosi lima gol dalam separuh masa pertama ketika tewas 7-3 kepada Atletico Madrid di New Jersey, Sabtu lalu.
"Navas telah mempamerkan aksi cemerlang. Setiap pemain perlu membuktikan kebolehan mereka jika mahu berada dalam kesebelasan utama. Mereka perlu bersedia."