Gareth Bale masih mencintai sukan bola sepak walaupun sedang berdepan kesukaran di Real Madrid, kata pengurus Wales, Ryan Giggs.
Bale dan Giggs sedang menjalani persiapan menjelang perlawanan pusingan kelayakan Euro 2020 menentang Croatia dan Hungary, namun masa depan penyerang itu dengan kelabnya masih menjadi tanda tanya.
Zinedine Zidane tidak mahu menggunakan Bale dalam minggu penutup LaLiga musim ini dengan kedua-dua individu itu pernah dilaporkan mempunyai hubungan tegang sewaktu kali pertama pengendali berbangsa Perancis itu mengemudi pasukan berkenaan.
Bale membantu Madrid memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut di bawah kendalian Zidane, namun waktunya di ibu negara Sepanyol itu seakan-akan sudah ke penghujung.
Giggs, bagaimanapun, tidak berasakan situasi Bale di Madrid telah mengakibatkan pemain berusia 29 tahun itu kehilangan rasa cinta terhadap sukan bola sepak.
"Kami beraksi dalam satu perlawanan Selasa lalu dan dia kelihatan amat bagus, tajam dan sangat segar.
"Saya teruja untuk melihat dia beraksi dalam dua perlawanan selepas ini (berdepan Croatia dan Hungary).
"Dia amat tajam, dia mahukan bola dan sedang berlatih teknik pemusnahnya dengan kaki kiri.
"Dia menjaringkan gol yang amat hebat.
"Selepas itu, ketika pemain lain sudah masuk, dia meneruskan latihan menendang, jadi ia tidak menunjukkan yang dia akan mengalah dan pulang ke bilik.
"Ia menunjukkan bahawa dia seorang profesional yang masih cintakan bola sepak," katanya.
Bale merupakan bintang utama Wales, namun peranan kecilnya di Real Madrid bermakna dia berkemungkinan besar akan meninggalkan pasukan itu dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris semakin menghampiri bekas bintang Tottenham Hotspur itu.
"Saya bukanlah peminat Real Madrid. Saya tidak tahu siapa yang akan masuk dan keluar dan hanya memerhatikannya selaku orang luar.
"Tetapi anda memiliki pemain yang membantu anda memenangi Liga Juara-Juara musim lalu dengan salah satu gol terbaik yang anda pernah saksikan daripada seseorang yang tidak selalu diturunkan pada setiap minggu.
"Saya masih ingat ketika Ronaldo sebenarnya tidak dapat tahan dengan penyokong Real Madrid.
"Saya masih ingat bagaimana Cristiano (Ronaldo) hampir meninggalkan kelab itu lebih awal.
"Kelab itu memang begitu dan tidak seperti kelab lain. Akan keluar sapu tangan putih jika mereka tidak menyukai anda.
"Ia sememangnya begitu.
"Jika dia akan kembali ke Madrid, saya akan bertanya kepadanya sama ada ia memberikan manfaat.
"Jika tidak, dia akan berada di sini dengan lebih segar.
"Akan sentiasa ada sesuatu untuk dilihat," tambahnya.