Skip to main content

Bola Sepak

Bale kekal di Real Madrid -- Zidane

gareth-bale-cropped_1ekrcxhmifesf1m1fz63xwtc1t.jpg
Zinedine Zidane memuji persembahan yang dipamerkan Gareth Bale ketika berdepan Celta Vigo dan mengesahkan bintang Wales itu akan kekal selaku pemain Real Madrid sehingga tamat jendela perpindahan.

Bale diberitahu Zidane pada Julai lalu bahawa langkah terbaik untuknya adalah meninggalkan Santiago Bernabeu tetapi dia akhirnya disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi menghadapi aksi pembukaan LaLiga itu.

Dia mencipta ruang untuk Karim Benzema menghasilkan gol pembukaan ketika meraih kemenangan 3-1 di Balaidos sambil turut membantu ketika bertahan.

Kelab Eropah mempunyai tempoh dua minggu untuk membawa masuk pemain baru tetapi Zidane menafikan penghijrahan Bale berdasarkan situasi yang dihadapi ketika ini.

"Kami bercakap sebelum perlawanan bahawa dia akan kekal dan semua pemain kini hanya memikirkan perjalanan musim ini," kata Zidane dalam sidang media.

Walaupun kurang pilihan akibat isu kecergasan yang dialami bintang baru, Eden Hazard, Zidane membuat keputusan untuk tidak membawa masuk James Rodrigeuz dari bangku simpanan.

Namun, dia tetap memberi tawaran buat pemain Colombia itu selepas dikaitkan dengan jalan keluar daripada Madrid sejak pulang daripada pinjaman di Bayern Munich.

"Kecederaan Hazard sesuatu yang merugikan kami dan saya harap dia ada," ujar Zidane.

"Ia tidak dapat disaksikan dan sebab itu kami memasukkan seorang lagi pemain.

"Kami bermula dengan Vinicius Junior dan Bale di barisan depan bersama Benzema dan saya fikir ia aksi yang bagus."

Advertisement

Must Watch Video