Skip to main content

Bola Sepak

Bale, Giggs kecewa penalti buat Denmark

garethbale-cropped_s9xymtiiam1s1gnxbc90gthdg.jpg
Bintang Wales, Gareth Bale, dan pengurus, Ryan Giggs, menyifatkan keputusan memberikan penalti kepada Denmark dalam aksi kedua-dua pasukan awal pagi tadi telah meragut kemenangan mereka.

Wales tewas 2-0 di Aarhus hasil dua jaringan Christian Eriksen, yang menyaksikan gol kedua hadir daripada sepakan penalti setelah Ethan Ampadu dikatakan menahan bola dengan tangan.

Bale, yang memakai lilitan kapten dalam perlawanan itu, jelas kecewa dengan keputusan pengadil dan berasa ia tidak akan berlaku sekiranya Denmark menjadi pasukan pelawat.

"Saya tidak boleh memberikan banyak kenyataan kerana dalam dunia hari ini, anda akan menerima padah tetapi bagi saya, ia bukannya penalti," kata Bale.

"Mungkin jika Denmark tidak beraksi di laman sendiri, ia tidak akan berlaku. Keputusan itu memberi kesan besar kerana menyukarkan kami yang ketinggalan 2-0. Sebelum itu, kami masih berjuang di atas padang."

Giggs, menambah: "Dalam babak kedua, kami bermula dengan baik. Kami berada di landasan terbaik tetapi penalti diberikan kepada lawan. Sama ada ia benar penalti atau tidak, saya tidak pasti. Ia kejam.

"Kemudian, ia menjadi satu cabaran sukar berdepan pasukan yang bagus."

Sebelum dan selepas penalti itu, Wales jelas tidak beraksi seperti ketika membenam Ireland 4-1 pada Jumaat lalu, namun Giggs yakin dapat meningkatkan prestasi pasukannya itu secara konsisten.

"Ia adalah tentang kebangkitan. Kami menetapkannya pada Jumaat lalu dan sukar untuk mengulanginya. Namun, itu yang saya cabar kepada pemain-pemain," ujar Giggs.

"Saya rasa kami mampu melakukannya. Secara keseluruhan, saya tidak boleh menafikan usaha yang ditunjukkan. Kami melalui dua perlawanan dalam tempoh yang singkat dan akhirnya lebur akibat satu keputusan penalti."

Advertisement

Must Watch Video