Skip to main content

Bola Sepak

Bale beri Lopetegui kemenangan LaLiga pertama

gareth-bale-cropped_1caz98wvqzv1z1dtq1m4hdqds7.jpg
REAL MADRID 2 GETAFE 0

Real Madrid memulakan kempen LaLiga di bawah kendalian Julen Lopetegui dengan kemenangan selepas mengatasi Getafe 2-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.


Dalam perlawanan pertama selepas penghijrahan Cristiano Ronaldo ke Juventus, Gareth Bale menggunakan peluang untuk menyinar apabila membuka ruang buat Dani Carvajal membuka tirai jaringan sebelum menambah gol kedua pasukan selepas rehat.

Dalam perlawanan kompetitif pertamanya, Lopetegui mengalami kekalahan 4-2 di tangan Atletico Madrid ketika aksi Piala Super Eropah, namun kemenangan kali ke-10 berturut-turut ke atas Getafe bagi saingan liga tampak mampu dicipta selepas Carvajal memecah kebuntuan.

Madrid yang mempertaruhkan Keylor Navas di gawang dan masih belum memberi laluan buat penjaga gol baru, Thibaut Courtois, dilihat tidak begitu berbahaya tatkala Getafe gagal mencatat sebarang percubaan sehingga minit ke-69.

Bale memulakan perlawanan selaku sayap kanan dan tandukannya menggegarkan palang gol ketika awal permainan sebelum Carvajal menjadikan kedudukan 1-0 pada minit ke-20 dengan menyudahkan peluang mengatasi David Soria yang cuba menumbuk keluar hantaran lintang Bale sebelum itu.

Getafe memberikan jaringan kedua buat tuan rumah enam minit selepas rehat apabila Bale melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan Soria selepas Marco Asensio merebut bola dari bek tengah, Djene Dakonam, sekali gus memberikan permulaan baik buat Lopetegui.

Advertisement

Must Watch Video