Manchester City mengumumkan bahawa bakat muda berpotensi besar, James McAtee, telah menandatangani kesepakatan baru bersama kelab itu.
Pemain berusia 19 tahun itu kini akan terikat bersama kelab berkenaan sehingga 2026.
McAtee, yang merupakan seorang pemain tengah menyerang berbakat, melakukan penampilan senior pertamanya dari bangku pemain simpanan ketika City menewaskan Waycombe Wanderers 6-1 dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL) pada September lalu dan diturunkan dalam beberapa perlawanan lain selepas itu.
Salah satu daripadanya adalah ketika menentang Everton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada November lalu.
McAtee menjadi pemain remaja keempat mengikat kontrak baru dengan City selepas Finley Burns, Liam Delap dan Cole Palmer.
Dia berkata: "Saya sudah berada di sini sejak berusia 11 tahun dan tidak cukup untuk saya sekadar mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas apa yang telah mereka curahkan buat saya di sini.
"Saya telah bekerja di bawah jurulatih-jurulatih yang hebat sewaktu di akademi dan bermain untuk Pep Guardiola dalam pasukan utama, di mana ia merupakan segala-galanya yang saya mahu lakukan.
"Saya amat gembira dengan perkembangan saya musim ini dan saya pasti saya sedang berada di tempat yang betul untuk terus meningkat, jadi amat hebat untuk mengetahui bahawa saya masih lagi akan menjadi pemain Manchester City bagi empat tahun ke depan," katanya.

??? pic.twitter.com/X98GYNSKmA
— Manchester City (@ManCity) February 2, 2022