Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, gusar dengan situasi bahagian tengah kelab Pantai Timur itu menjelang tujuh hari tirai Liga Super 2023 disingkap.
Skuad Tok Gajah tunduk 0-2 kepada bakal seteru Liga Super musim depan, PDRM, di Cheras malam tadi, sekali gus memberi tamparan hebat kepada persiapan mereka.
"Ada beberapa pemain tengah kami dilanda kecederaan.
"Lebih merisaukan keadaan David Rowley yang mungkin tidak sempat pulih memandangkan kempen akan bermula pada minggu depan.
"Nor Azam Azih baru kembali daripada kecederaan dan Zuhair Aizat Nazri sudah mula beraksi, tapi dia mengadu masih berasa kesakitan di bahagian lututnya.
"Kami akan cuba buat perubahan dan tidak mungkin menambah (bilangan) pemain," katanya selepas perlawanan.
Anak buah Fandi bakal berdepan ujian pertama ketika melayani kunjungan Negeri Sembilan pada Ahad depan.