Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Bagaimana cara Man City boleh menang Liga Perdana?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

city-cover-pic.jpg
Dengan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berbaki hanya lapan perlawanan, terdapat banyak cara berbeza untuk Manchester City mengekalkan kejuaraannya.

Apakah yang diperlukan City untuk menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan tiga kali berturut-turut dalam tempoh 14 tahun?

Skuad kendalian Pep Guardiola itu kini mengekori empat mata di belakang Arsenal tapi memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan, dengan The Gunners bakal berkunjung untuk melakukan perhitungan di antara kedua-dua pasukan itu di Stadium Etihad, 26 April ini.

Erling Haaland sedang terus memperbaharui rekod jaringan manakala Kevin De Bruyne masih tidak berhenti-henti untuk menagih anugerah Pemain Perancang Terbaik Tahunan.

Persoalannya, bagaimana dan di mana Man City boleh mengesahkan kejuaraan sekali lagi menjadi miliknya? Untuk itu, berapa mata yang diperlukan mereka?



Menurut NBC Sports, andai The Citizens memenangi kesemua lapan perlawanan terakhirnya, maka sahlah ia akan memenangi trofi itu, tiada apa-apa keraguan lagi.

Angka ajaib untuk dicapai Man City ialah 95 mata. Jika mereka mampu mencapai jumlah itu, ia bermakna mereka turut menundukkan Arsenal, yang kemudiannya cuma mampu menghimpun maksimum 92 mata.

Sebaliknya, jika Arsenal mengalahkan Man City pada 26 April, jumlah mata maksimum yang boleh diraih The Sky Blues akan menurun kepada 91 sambil The Gunners boleh pergi sehingga 95.

Man City kemudian perlu menang kesemua baki perlawanannya selain mengharapkan Arsenal gagal untuk menang sebanyak dua kali serta tidak melenyapkan perbezaan jaringan yang ketika ini memihak kepada City.

Jika Man City seri dengan Arsenal, maka City hanya mampu menghimpun maksimum 92 mata. Ia bermakna Arsenal perlu tewas atau seri satu perlawanan lagi untuk membuka pintu kepada City memintas.

Ada satu lagi kebarangkalian. Jika Arsenal berkesudahan dengan perbezaan jaringan yang sama dengan Man City, maka rekod pertemuan di antara kedua-dua pasukan akan diambil kira sebagai pemutus. Man City sudah pun menewaskan Arsenal sekali -- 3-1 di Stadium Emirates, 16 Februari lalu.

Semua ini menjurus kepada peri pentingnya pertemuan Man City-Arsenal di Stadium Etihad, 26 April ini dalam memutuskan pasukan yang lebih berhak bergelar juara.

Selepas Arsenal mencicirkan empat mata daripada dua keputusan seri berturut-turut dengan Liverpool dan yang terbaru, West Ham, harus lebih ramai kini yang meramalkan City bakal juara.

Tidak pula ramalan 'Supercomputer' LegalSportsbook yang tetap meneka Arsenal akan ditabalkan juara buat kali pertama sejak 2004.

Ramalan itu menelah City akan seri sekali dan kalah sekali sebelum akhir musim sambil Arsenal akan turut melakukan yang sama untuk kesudahannya unggul dengan perbezaan setipis satu mata – 90 mata berbanding 89 mengikut carta yang ditampilkannya.

Kita sama-sama lihat “siapa yang kena”.



 

Advertisement

Must Watch Video