Bekas penyerang berprolifik Ivory Coast, Didier Drogba, mempertahankan tindakan bekas jurulatihnya, Jose Mourinho, dengan menjelaskan pengendali berusia 62 tahun itu 'bukan rasis'.
Ini susulan jurulatih Fenerbahce itu dikecam selepas aksi berdepan Galatasaray dalam saingan Liga Turkiye dan Mourinho mengeluarkan kenyataan 'melompat seperti monyet' ketika pasukannya terikat tanpa jaringan, Isnin lalu.
Menerusi satu posting di laman X, Drogba menjelaskan: "Kita semua tahu betapa bangganya saya menyarung jersi kuning merah dan perasaan cinta saya pada kelab ini.
"Kita tahu betapa sengitnya persaingan, dan saya cukup bertuah melaluinya.
"Saya telah melihat komen terbaru mengenai Jose Mourinho. Percayalah apabila saya memberitahu anda bahawa saya telah mengenali Jose selama 25 tahun dan dia bukannya seorang rasis dan sejarah membuktikannya.
"Bagaimana 'Ayah' saya boleh menjadi seorang perkauman." katanya.
Untuk rekod, Drogba beraksi buat Galatasaray pada 2013/14, dan dia turut pernah beraksi untuk Chelsea ketika di bawah kendalian Mourinho sebelum ini.
Terbaru, Persekutuan Bola Sepak Turkiye (TFF) telah menjatuhkan hukuman pengantungan empat perlawanan dan denda sebanyak 1,617,000 Lira (RM208,000) kepada jurulatih itu.

Dear @GalatasaraySK
— Didier Drogba (@didierdrogba) February 26, 2025
You know how proud I was to wear the yellow and red jersey and my love for the most decorated club in Turkey!!
We all know how passionate and heated rivalries can be, and I’ve been lucky enough to experience it.
Ive seen the recent comments about Jose…