Datuk Seri Azzuddin Ahmad mengesahkan beliau sudah melepaskan jawatan sebagai setiausaha agung Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) selepas badan induk Asia Tenggara itu memilih pucuk pimpinan baru dalam kongres di Siem Reap, Kemboja, 17 Mac lalu.
Kongres AFF itu memilih Mejar Jeneral Khiev Sameth dari Kemboja sebagai presiden baru bagi penggal 2019-2023 selepas mantan presiden, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar, memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.
Selaku presiden, Khiev mempunyai kuasa untuk melantik setiausaha agung baru dan Azzuddin mengesahkan timbalan presiden Persatuan Bolasepak Kemboja (FFC) itu sudah memiliki calon tersendiri.
"Kontrak saya dengan AFF secara automatik akan berakhir ketika setiausaha agung baru dilantik.
"Pada pandangan saya, AFF merupakan sebuah organisasi yang sangat aktif daripada segi penganjuran pertandingan," katanya
Azzuddin mula mengetuai sekretariat AFF pada 2013 selepas mengambil alih tugasan itu daripada mendiang Datuk Seri Paul Mony Samuel.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan ibu pejabat AFF akan kekal di Malaysia dengan pejabat baru di Putrajaya akan siap sepenuhnya Julai depan.
"Ia akan dikekalkan di atas daya usaha yang telah dilakukan Sultan Ahmad Shah sebelum ini," tambahnya.