Ketika ramai lagi pemain yang masih tercari-cari pasukan mana yang akan disertai mereka menjelang bermulanya Liga Super Mei ini, nampaknya pemain pertahanan Sri Pahang, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham lebih awal memastikan kedudukanya dalam senarai pasukan Tok Gajah itu.
Menerusi perkhabaran terbaharu yang dikeluarkan oleh pasukan Sri Pahang, pemain itu telah menandatangani kontrak selama dua musim selepas hanya berstatus pemain pinjaman sebelum ini di bawah didikan Fandi Ahmad daripada JDT.
Walaupun begitu kelibatnya bersama Sri Pahang tidak hanya melengkapkan jadual semata, tetapi mampu menyerlah sepanjang musim lalu yang sekaligus menarik minat pengurusan tertinggi skuad Tok Gajah untuk terus kekal.
Pengurusan Sri Pahang nampaknya meletakkan penuh kepercayaan kepada beliau apabila mahu menawarkan kontrak selama dua musim dengan Azrif.
Tahniah & Gud Job!!