Johor Darul Ta’zim (JDT) masih mempunyai misi yang belum dilunaskan menjelang pertemuan Liga Super dengan Perak di Ipoh malam ini walaupun sudah dinobatkan sebagai juara Liga Super 2019.
Skuad bimbingan Luciano Figueroa itu ditabalkan juara keenam berturut-turut Liga Super, 26 Jun lalu, selepas membenam Melaka 2-1 di Stadium Hang Jebat walaupun saingan liga masih berbaki empat perlawanan.
Meskipun sudah mencapai misi mempertahankan kejuaraan liga musim ini, JDT memberi bayangan untuk tidak menurunkan barisan kedua di Ipoh kerana masih mempunyai satu lagi misi mengekalkan rekod tanpa kalah.
Setakat ini, skuad Harimau Selatan itu mengekalkan rekod bersih 14 kemenangan dalam 18 perlawanan Liga Super musim ini.
"Pesanan daripada jurulatih dan pemilik pasukan, mereka mahu mencipta rekod tanpa kalah. Jadi, siapa yang diberi peluang bermain diharap dapat menggalas tugas dengan baik," kata pemain JDT, Mohd Azrif Nasrulhaq.
Dalam masa sama, JDT turut berwaspada dengan rangkaian serangan The Bos Gaurus yang berwajah baru selepas membawa masuk trio import yang diketuai Ronaldo Henrique Oliveira ketika jendela perpindahan kedua liga Mei lalu.
Setakat ini, penggempur dari Brazil itu sudah meledakkan lima gol.
"Bagi pertahanan, harap mereka sentiasa fokus dan tidak mengambil mudah cabaran lawan. Kami perlu beri yang terbaik," tambah Azrif.