Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Azmeer Yusoff dedah pernah jadi mangsa buli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azmeer-yusoff.jpg
Azmeer Yusoff mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika mula meningkat naik bergelar pemain bola sepak di kancah Liga Malaysia. 

Bekas pertahanan kelahiran Taiping, Perak itu berkongsikan menerusi laman sosial Facebook antara gejala-gejala buli yang pernah menimpa dirinya. 



Azmeer juga berkata, "Pembulian bukan satu bentuk pembelajaran. Tolong ubah persepsi tu. Saya tak terbelajar satu apa pun dari yang saya kena. 

"Apa? Nak cakap mental saya tak kuat? Kuat tak kuat Alhamdulillah Allah izinkan saya berada dalam arena bolasepak sejak 2006 sehingga sekarang. Kadang-kadang yang kuat mental tu Allah tak izinkan pun untuk lama-lama bergelar pemain bolasepak. Ha….

"Tapi Alhamdulillah saya tengok sekarang ni dah tak banyak kes-kes macam zaman dulu. Dah takda dah gap antara junior dan senior. 

"Ingat tau.. Gurauan dan pembulian dua perkara yang berbeza."
 

Advertisement

Must Watch Video