Skip to main content

Bola Sepak

Azim kesal PAFA tidak bantu selamatkan Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azim-zabidi.jpg
Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi, kesal tiada bantuan daripada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dan Kerajaan Negeri Perak untuk membantu kelab itu kekal dalam Liga Super musim depan.

Sebaliknya, PAFA memilih untuk membentuk pasukan baru bagi bersaing dalam Liga A1 Semi-Pro, di mana presidennya, Datuk Azhar Jamaluddin, secara terbuka mohon bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi membiayai pasukan baru itu.

Menurut Azim, jika bantuan yang sama mampu diberikan ke atas Perak, penyokong mereka tidak perlu menunggu lama untuk pasukan itu kekal beraksi dalam Liga Super, di mana mereka ketika itu hanya memerlukan kurang daripada RM5 juta untuk menyelesaikan masalah kewangan.

"Apa seronoknya kita membantu satu pasukan baru dalam Liga A1 walhal kita boleh membantu Perak FC untuk meneruskan perjuangan dalam Liga Super?" soalya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Susah sangatkah untuk mereka memikirkan mengenai perkara ini? Mana satu yang patut anda bantu? PFC lah sepatutnya anda bantu.

"Jadi, tidak mengapa lah, kami sudah sampai tahap untuk mengucapkan selamat tinggal, habis cerita.

"Saya harap semua yang terlibat seronoklah Perak sudah tiada dalam Liga Super, kalau ada pun mungkin dua atau tiga pasukan dalam liga A1.

"Kalau itu lah yang dimpikan, teruskanlah, Alhamdulillah," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video