Bekas pemain kebangsaan, Azamuddin Akil, seakan tidak percaya melihat pipi rakan baiknya iaitu Faisal Halim yang semakin berisi.

Ketika Azamuddin bertanya mengenai pipi pemain berusia 26 tahun itu dia menjawab: "Ubat, semasa melakukan rawatan sebelum ini.

"Sekiranya tidak makan akan kecut (pipi) kembali. Selepas mendapat kecergasan seperti sedia kala dan berat badan kembali normal, akan baik semua." katanya dalam satu video yang tular.




Azamudin turut berkongsi kehidupannya selepas bersara daripada kancah bola sepak mengenai rutin harian dari segi pemakanannya.

Faisal sedang mencari prestasinya kembali sejak insiden menjadi mangsa simbahan asid ketika berada di pusat beli belah di ibu kota pada Mei lalu.



@malaysianupdatenews Faisal Halim jawab kenapa tembam ? #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #viral #sukan ♬ original sound - Malaysian Update