Skip to main content

Bola Sepak

Azam akui banyak terima sokongan daripada Dollah

300517norazamazih.jpg
Pemain tengah Pahang, Muhd Nor Azam Abdul Azih, menjelaskan faktor jurulatih, Dollah Salleh, sebagai punca utama kejayaannya meraih tempat bersama skuad kebangsaan buat kali pertama dalam kerjaya.

Azam sering kali digandingkan di bahagian tengah oleh Dollah bersama seorang lagi pemain, Syamim Yahya, pada musim ini.

Sehubungan itu, anak jati Pahang ini mahu merakamkan penghargaan kepada Dollah kerana sentiasa memberi kepercayaan kepadanya walaupun masih kurang berpengalaman.

Selain itu, Azam turut berpendapat kehadiran ramai pemain besar dalam skuad Pahang juga membantunya menjadi seorang pemain lebih matang.

"Jurulatih (Dollah) memang banyak membantu, percaya kepada saya, jadi saya akan balas kepercayaan yang diberikan," kata Norazam.

Menyentuh peluang dengan skuad negara, pemain berusia 22 tahun ini hanya mahu mencuba sehabis baik kerana sedar perlu bersaing dengan pemain lebih senior.

Apa yang paling penting, dia mahu meraih seberapa banyak pengalaman ketika menjalani latihan di bawah jurulatih baharu, Nelo Vingada.

"Saya rasa teruja, ia rezeki untuk saya. Saya akan lakukan yang terbaik, itu janji saya," katanya.

Skuad negara kini di bawah bimbingan Vingada dalam persiapan menentang Lubnan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin, 13 Jun ini.
 

Advertisement

Must Watch Video