Skip to main content

Bola Sepak

Ayam tambatan Nepal jumpa Tengku Mahkota Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nepal.jpg
Selepas pertemuan menentang Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bulan lalu, bintang Nepal, Gillespye Jung Karki, mengatur perjumpaan bertemu Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Atas dasar persahabatan, penyerang kebangsaan Nepal itu berjumpa semula Tengku Mahkota Pahang selepas enam tahun dengan menghadiahkan sehelai jersi sebagai tanda mengekalkan hubungan erat antara kedua-dua individu itu.

 


Untuk rekod, mereka berdua berkenalan semasa menjalani latihan di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), United Kingdom dan berjumpa kembali di Kuala Lumpur.

Gillespye Jung Karki sedang memiliki lapan penampilan bersama negaranya dan berjaya mencetak satu gol ketika perlawanan persahabatan melawan Singapura, bulan lalu. 

Advertisement

Must Watch Video