Penjaga gol PKNS FC, Muhammad Zarif Irfan Hashimudin, mengakui perlu lebih berhati-hati dengan ancaman 'orang besi', Dickson Nwakaeme, dalam saingan Liga Super menentang Pahang esok.
Zarif, yang sudah membuktikan prestasi cemerlang dalam perlawanan menentang Perak minggu lalu, bagaimanapun, optimis pasukannya tidak akan berdepan masalah untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Shah Alam.
Ketangkasan Zarif dalam perlawanan sebelum ini menarik perhatian apabila berjaya meleburkan impian skuad kendalian Mehmet Durakovic itu daripada meraih tiga mata di laman sendiri.
Meskipun bakal berhadapan dengan pasukan yang berada di ranking kedua Liga Super ketika ini, Zarif tetap melakukan persiapan seperti biasa, cuma mereka perlu memperkuatkan lagi benteng pertahanan.
"Pahang merupakan pesaing yang kuat dalam liga tetapi PKNS akan berusaha untuk menampilkan permainan terbaik untuk meraih kemenangan," katanya.
Bagaimanapun, Zarif tidak mengambil mudah apabila Pahang turun tanpa jurulatih mereka, Dollah Salleh, yang sedang mengikuti kursus Kejurulatihan Diploma Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019-2020.
"Ketiadaan Dollah, Pahang masih lagi berbisa kerana mereka sudah pun mencapai tahap keserasian selepas beraksi dalam lapan perlawanan sebelum ini," ujarnya.