Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, mengesahkan Alexandre Lacazette mempunyai perjanjian lisan untuk menyertai Atletico Madrid tetapi perlu menunggu penggantungan pemindahan pemain kelab LaLiga itu ditarik balik.
Lacazette menjaringkan dua gol dalam penampilan yang mungkin yang terakhir bersama Lyon ketika seri 3-3 dengan Nice di Parc Olympique Lyonnais, semalam.
Pemain antarabangsa Perancis itu sebelum ini berkata dia akan meninggalkan kelab dan ia disahkan sendiri oleh Aulas.
Ketika Lacazette dibenarkan untuk berhijrah, Atletico tidak dapat menandatangani pemain di luar musim melainkan Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) menukar keputusan larangan pemindahan pemain yang diputuskan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Dia mempunyai perjanjian lisan dengan kelab, Atletico, tetapi tidak ada kepastian kerana kami perlu menunggu CAS mengubah keputusan larangan pengambilan pemain," kata Aulas kepada L'Equipe.
"Kami menerima permintaan Lacazette untuk berbincang secara eksklusif dengan kelab itu tetapi selain daripada itu pemindahan ini dibuat atas terma kami."
Lacazette, 25, datang daripada sistem belia di Lyon dan tempoh seluruh kerjaya profesionalnya dihabiskan bersama gergasi Ligue 1 itu.