ARSENAL 3 VALENCIA 1
Pierre-Emerick Aubameyang memberi amaran kepada Arsenal agar tidak mengulangi kesilapan tahun lalu selepas memenangi pertemuan pertama separuh akhir Liga Europa menentang Valencia 3-1.
Aubameyang menjaringkan gol lewat permainan di Stadium Emirates, awal pagi tadi, selepas Alexandre Lacazette terlebih dahulu meledak dua gol dalam tempoh tujuh minit berikutan ketinggalan selepas jaringan awal tandukan Mouctar Diakhaby.
Arsenal di laluan selesa untuk ke perlawanan akhir di Baku, Azerbaijan, bulan depan, meskipun perjuangan skuad kendalian Unai Emery itu masih perlu dilanjutkan di Mestalla untuk aksi timbal balik, minggu depan.
The Gunners menyamakan kedudukan 1-1 ketika bertemu Atletico Madrid dalam aksi separuh akhir musim lalu menerusi penyudah Lacazette tetapi mereka gagal memanfaatkan sepenuhnya kad merah Sime Vrsaljko pada minit ke-10.
Jaringan Diego Costa dalam pertemuan kedua sudah cukup untuk menghantar Atleti ke perlawanan akhir dengan agregat 2-1, justeru Aubameyang memberitahu Arsenal supaya tidak menganggap kedudukan mereka sudah terjamin.
"Kami tidak bermula dengan begitu bagus tetapi kami bertindak balas dengan baik. Kami kemudiannya bermain dengan baik dan memenangi perlawanan ini," kata Aubameyang kepada BT Sport.
"Saya fikir kami memulakan perlawanan ini dengan agak gugup memandangkan kami tumpas dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL). Itu situasi biasa, kami adalah manusia tetapi selepas itu kami bangkit dengan baik.
"Saya fikir kami mempunyai banyak kualiti dalam pasukan ini. Kami boleh mara ke final tetapi kami harus sedar bahawa perlawanan seterusnya akan menjadi sukar tetapi jika kami melakukan perkara yang sama di sana, maka kami akan lolos.
"Adalah menjadi sasaran kami untuk memenangi trofi ini kerana ia peluang kami untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL), jadi ia sangat penting.
"Kami terkandas dalam separuh akhir musim lalu, maka kami telah belajar daripada kesilapan itu dan berharap akan menang musim ini."
Sebelum bertandang ke Valencia, Arsenal perlu menjadi tuan rumah kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi liga, Ahad ini.
Skuad bimbingan Emery itu masih boleh menjamin kelayakan ke UCL menerusi penamat keempat, lantas Aubameyang menggesa rakan sepasukannya agar kembali fokus dan di landasan perjuangan sebenar susulan prestasi buruk kebelakangan ini.
"Ini adalah perlawanan terakhir di tempat sendiri musim ini dan kami perlu menghadiahkan kemenangan kepada peminat," kata Aubameyang.
"Memang sukar untuk merebut kedudukan empat teratas tetapi kami akan mengerah segala kudrat."