Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Atur perlawanan: VFF akur arahan Kerajaan Vietnam pantau ketat perlawanan

phu-tuo.jpg
Sebuah kelab bola sepak di Vietnam akan terus dipantau rapi serta turut dihumban ke divisyen ketiga. 

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman tegas selepas mengesan Phu Tho FC telah terlibat dengan aktiviti mengatur perlawanan berikutan tumpas 16 kali sepanjang musim lalu.

Dan selepas hampir separuh perjalanan musim ini, sebarang keputusan membabitkan perlawanan kelab itu dibatalkan malah jatuh ke divisyen ketiga dengan serta merta. 

Ini kali pertama badan induk dunia itu menjalankan siasatan sendiri ke atas bola sepak Vietnam.

Bagi memulihkan imej yang tercalar, Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan Vietnam mengarahkan Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) agar memperketatkan lagi pemantauan kejohanan di bawah kelolaan mereka termasuk menyalurkan maklumat terperinci perlawanan dan memperkasakan lagi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. 

 

Advertisement

Must Watch Video