Diego Simeone memiliki kepercayaan penuh ke atas Atletico Madrid dalam memastikan kemaraan ke Liga Juara-Juara (UCL) sambil mencari jalan keluar daripada kemelut prestasi selepas dikecewakan Levante.
Penyandang juara LaLiga itu ketinggalan 15 mata di belakang pencabar terdekat merangkap pendahulu, Real Madrid, selepas 24 perlawanan apabila menduduki tangga kelima dan menyamai pungutan mata Barcelona yang menguasai tangga keempat.
Pasukan bimbingan Simeone itu mengalami satu lagi kekalahan dalam perlawanan terakhir apabila tumbang 0-1 kepada kelab tercorot, Levante, dalam usaha mereka melonjak ke kelompok empat teratas bagi memastikan tiket UCL musim depan tidak terjejas.
Atletico menang ketujuh-tujuh pertemuan terakhir ke atas lawan mereka yang seterusnya, Osasuna, lantas Simeone percaya pasukannya mampu memadam prestasi buruk mereka itu pada malam ini.
"Ini satu perkara biasa selepas kekalahan yang menyakitkan itu tetapi dengan keinginan menerusi peluang terbaru, kami memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Osasuna yang sedang beraksi dan melalui detik yang baik," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi apabila disoal mengenai semangat anak buahnya.

"Saya mempunyai motivasi untuk terus hidup setiap hari. Saya berada di sebuah kelab yang hebat, di mana saya mahu berada dan masih melihat masa depan saya ada di sini sambil cuba menyelesaikan rintangan ketika ini.
"Kami tidak berantakan dan saya menaruh kepercayaan penuh terhadap pemain saya. Saya pasti mereka akan melakukannya.
“Kami akan menghadapi baki 14 perlawanan liga yang menyaksikan tujuh pasukan berpeluang untuk layak ke UCL, jadi kami perlu bersatu padu mencari jalan keluar daripada detik-detik sukar ini.
"Ketika menempuhi krisis pandemik lalu, kami mengumpul satu mata lebih daripada hari ini untuk berada di tempat keenam dan pada akhir musimnya, kami menguasai tempat ketiga.
"Jadi kami perlu melaksanakan usaha yang hebat ke arah itu tetapi kami perlu memberi tumpuan kepada masa kini."