ESPANYOL 3 ATLETICO MADRID 0
Diego Simeone menjelaskan Atletico Madrid tidak kekurangan keamatan ketika tewas 0-3 kepada Espanyol dalam saingan LaLiga di Stadium RCDE, malam tadi.
Kekalahan itu membuka peluang buat seteru setempat, Real Madrid, untuk memintas mereka di tangga kedua liga.
Gol sendiri daripada kapten Atletico, Diego Godin, pada penghujung separuh masa pertama memberikan gambaran awal bahawa Espanyol akan mendatangkan kejutan sebelum Borja Iglesias menjaringkan dua gol dalam babak berikutnya bagi memastikan rekod empat kemenangan pelawat ditamatkan dengan kekalahan mengaibkan.
Atletico hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir -- menentang Sevilla dan Levante -- untuk memastikan mereka menamatkan musim selaku naib juara LaLiga, namun Simeone menepis dakwaan bahawa pasukannya gagal mempamerkan kesegeraan dalam perlawanan di Stadium RCDE itu.
"Saya tidak rasa kami kekurangan keamatan.
"Perlawanan itu amat sengit dan kompetitif.
"Kedua-dua pasukan berasing hebat sehingga ke minit ke-60.
"Selepas itu, segala-galanya tidak memihak kami.
"Walaupun kami bermula baik dalam babak kedua menerusi percubaan (Alvaro) Morata, Espanyol meningkatkan permainan dan mereka lebih layak menang," katanya.
Atletico gagal dalam perebutan kejuaraan liga yang menghampakan peminat mereka musim ini, namun Simeone mempertahankan prestasi pasukannya dengan menyifatkan ia sebagai musim menakjubkan.
Gelaran naib juara merupakan pencapaian yang kerap diraih Atletico dalam tahun-tahun sebelum ini dan jurulatih itu menganggap ia sebagai nilai maruah pasukannya.
"Liga di Sepanyol amat luar biasa.
"Jadi, kami akan mencuba untuk menamatkan musim sebaik mungkin.
"Kami memerlukan lebih mata untuk menduduki tempat kedua dan ia terpulang kepada kami untuk meraihnya.
"Bersaing untuk mendapatkan tempat kedua adalah positif dan perlu dihargai," tambahnya.