Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Atletico tawar Benfica RM594j untuk Joao Felix

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joao-felix.jpg
Benfica mengesahkan Atletico Madrid telah mengemukakan tawaran bernilai €126 juta (RM594.7j) untuk pemain tengah bernilai tinggi, Joao Felix.

Pemain berbakat berusia 19 tahun itu menikmati musim menakjubkan dalam kancah Liga Primeira Portugal musim 2018-19 dengan menjaringkan 15 gol dan mencipta tujuh bantuan jaringan dalam 26 perlawanan.

Prestasinya itu membantunya untuk tersenarai dalam skuad utama Portugal, termasuk kejayaan Liga Negara-Negara Eropah, awal bulan ini.

Atletico muncul sebagai kelab pilihan untuk mengikatnya berbanding Manchester United dan Manchester City susulan hasrat Antoine Griezmann untuk meninggalkan Wanda Metropolitano dan perkembangan itu membuka jalan kepada Joao Felix untuk menggantikan pemain Perancis tersebut.

Walaupun spekulasi Griezmann ke Barcelona kekal tenang, Atletico masih meneruskan langkah untuk menandatangani Joao Felix dan Benfica mengesahkan tawaran kelab Sepanyol itu semalam. 

Tawaran yang dikemukakan mereka lebih besar daripada klausa pelepasan pemain berkenaan bernilai €120j (RM566.4j) yang akan dibayar secara ansuran.

Advertisement

Must Watch Video