Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone, beranggapan pasukannya telah mengambil manfaat daripada penggantungan kelabnya daripada membuat sebarang pembelian pemain untuk memberi sepenuh perhatian terhadap perkembangan pemain sedia ada.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini menggantung Atletico daripada menandatangani mana-mana pemain sehingga Januari 2018, selepas didapati melanggar peraturan perpindahan pemain luar bawah 18 tahun.
Walaupun digantung, juara LaLiga 2013/14 itu tetap kekal menjadi pencabar utama liga apabila menduduki tangga kedua selepas menewaskan Sevilla 2-0, semalam.
Simeone percaya walaupun Atleti tidak mendapatkan mana-mana pemain baru, pasukannya masih mampu meningkatkan prestasi.
"Kami telah mengubah satu situasi negatif kepada positif. Sekatan daripada membeli pemain baru membuatkan kami lebih fokus terhadap perkembangan pemain-pemain muda seperti Luciano Vietto, Lucas Hernandez dan Angel Correa.
"Ia memberikan kami peluang untuk bersaing dengan baik. Kini persaingan dalam pasukan lebih terbuka," kata Simeone.
Atletico bakal menerima kedatangan bekas penyerang, Diego Costa, sebaik sahaja tamat tempoh penggantungan selepas bintang Chelsea itu bersetuju untuk berada di bawah bimbingan Simeone semula.
"Ketibaan Costa membuatkan kami gembira. Pemain dengan status sepertinya mahu ke Atletico Madrid adalah sesuatu yang hebat."