Skip to main content

Bola Sepak

Atletico sahkan kecederaan lutut Joao Felix

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

felix.jpg
Pemain Atletico Madrid, Joao Felix, mungkin terpaksa menyaksikan baki saingan musim ini di tepi padang selepas mengalami kecederaan medial collateral ligament (MCL) di lutut kirinya.

Kelab LaLiga itu mendedahkan semalam bahawa pemain baru mereka itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Universiti Navarra dengan keputusannya mengesahkan lututnya terseliuh.

Atletico kini berharap pemain muda itu akan sempat pulih sebelum saingan LaLiga bersambung, berkemungkinan pada 11 Jun ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, mengesahkan bahawa liga itu diberikan kebenaran untuk meneruskan saingan secara tertutup selepas ia direhatkan berikutan pandemik koronavirus.
 
Joao Felix melakukan 28 penampilan buat Atletico dalam kesemua kejohanan musim ini dan bekas penyerang Benfica itu turut menjaringkan enam gol.

Advertisement

Must Watch Video