Diego Simeone telah membuat keputusan mengenai siapa yang akan bermain di bahagian pertahanan kanan untuk Atletico Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, awal pagi esok, ketika kelab itu diselubungi krisis kecederaan pertahanan.
Atletico berdepan masalah di bahagian belakang dengan Juanfran dan Sime Vrsaljko terpaksa diketepikan daripada perlawanan itu.
Bahkan, Jose Gimenez pula sah tidak dapat diturunkan kerana masalah otot, Ahad lalu.
Akhir-akhir ini, Gimenez telah mengisi slot bek kanan tetapi selepas pemain berusia 22 tahun itu cedera akibat terjahan Kevin-Prince Boateng dalam kemenangan 5-0 pasukannya ke atas Las Palmas, Simeone perlu mencari penyelesaian baru.
Pemain antarabangsa Montenegro, Stefan Savic, boleh ditempatkan di bahagian itu manakala Simeone juga boleh beralih kepada pemain tengah, Thomas Partey atau Lucas Hernan.
"Saya membayangkan ia akan menjadi perlawanan yang rumit," kata Simeone kepada pemberita. "Tetapi saya sangat jelas mengenai siapa yang akan bermain di sebelah kanan.
"Tiada seorang pun daripada mereka yang pernah bermain di kedudukan itu tetapi saya juga faham bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan."
Simeone turut memuji kerja-kerja sulit rakan sejawatannya, Zinedine Zidane, yang mahu mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Atletico di Milan, musim lalu.
"Tugas yang dilakukan Zidane adalah menakjubkan, beliau telah membawa pasukannya ke tahap yang sangat baik," kata Simeone. "Mereka akan cuba memberikan kami tekanan dari awal permainan.
"Mereka membuat permulaan yang hebat. Mereka akan cuba untuk menekan kami dari minit pertama dengan tahap tinggi permainan mereka. Kami perlu menghadapi perlawanan ini di mana kami berasa lebih selesa.
"Dua pasukan gergasi akan bertembung antara satu sama lain. Ia bukan akan mudah untuk pengadil. Saya berharap pengadil akan menjadi yang terbaik untuk semua pihak."