Skip to main content

Bola Sepak

Atletico perlu saingi Real Madrid, Barcelona -- Gabi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gabi-cropped_uq7bo85mf3gh1jsto80pdfrzv.jpg
Gabi berkata Atletico Madrid kini sudah mampu menyaingi seteru LaLiga lain selepas tewas di tangan Real Madrid dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Dua gol dalam tempoh 16 minit pertama oleh Saul Niguez dan Antoine Griezmann membuatkan ribuan penyokong di Vicente Calderon berasa yakin mereka bakal melakukan kebangkitan selepas ketinggalan 3-0 dalam aksi pertama minggu lalu.

Malangnya, harapan mereka lebur apabila Isco meledak gol di tempat lawan tiga minit sebelum berakhir babak pertama.

Skuad kendalian Diego Simeone itu telah menyaksikan kempen mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dikecewakan empat kali berturut-turut oleh lawan sama, sementara ketinggalan 10 mata di belakang Los Blancos dan Barcelona dalam LaLiga musim ini.

Selepas menjadi saksi terhadap kemampuan Atleti di peringkat Eropah, Gabi mahu rakan sepasukan mengulangi prestasi sama dalam saingan domestik.

Bercakap tentang persembahan mantap Atletico dalam tempoh 20 minit pertama, Gabi memberitahu beIN Sports: "Kami cuba melunaskan permintaan penyokong.

"Babak pertama berlangsung dengan hebat tetapi magis daripada Karim Benzema memadam impian kecil kami. Tetapi kami tidak berputus asa, saya bangga dengan pasukan ini.

"Di sebalik keputusan ini, ia sedikit-sebanyak menyuntik semangat baru. Mulai hari ini, kami perlu bekerja keras untuk menyaingi Barcelona dan Real Madrid.

"Sudah tentu kami mahukan kemenangan, apatah lagi ini perlawanan terakhir di Calderon. Bagaimanapun, penyokong kami membuktikan mereka yang terbaik di dunia.

"Kami bangga dengan barisan penyokong yang hadir."

Advertisement

Must Watch Video