Diego Forlan percaya Atletico Madrid berada di landasan tepat untuk akhirnya menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan berasakan kelab itu antara yang digeruni di Eropah.
Bekas pemain Rojiblancos itu mengagumi usaha Diego Simeone yang memimpin kelab itu sejak 2011.
Atletico telah melangkah ke aksi final UCL sebanyak dua kali di bawah pimpinan Simeone, namun tewas kepada Real Madrid dalam masa kecederaan pada 2014 dan menerusi penentuan sepakan penalti dua tahun kemudian.
"Mereka hampir bergelar juara Eropah dua kali," kata Forlan kepada Marca.
"Mendahului permainan hingga minit ke-93 dan tewas dalam perlawanan berikutnya menerusi penentuan penalti.
"Mereka berada di landasan tepat tetapi semua pasukan membuat persiapan menuju sasaran yang sama.
"Tiada pasukan yang mahu bertemu Atletico kerana apa yang telah mereka capai sebelum ini.
Atleti telah melakukan rombakan besar-besaran dengan membawa masuk pemain seperti Kieran Trippier, Marcos Alonso dan Joao Felix.
Dan kelibat pemain berusia 19 tahun, Felix, telah berjaya menarik perhatian Forlan.
"Saya telah menyaksikan dia beraksi bersama Benfica dan dia telah banyak menyerlahkan permainan yang menakjubkan," kata Forlan.
"Dia seorang pemain yang berbeza dan dia sangat bertuah untuk menjadi sebahagian daripada Atletico."