ATLETICO MADRID 2 GIRONA 0
Ketua jurulatih Atletico Madird, Diego Simeone, menegaskan pasukannya sudah bersedia untuk turun ke Camp Nou dan akan cuba menewaskan Barcelona dalam saingan LaLiga, hujung minggu ini.
Diego Godin dan Antoine Griezmann menjaringkan gol dalam babak kedua bagi menghidupkan peluang mereka untuk mencabar kejuaraan liga dengan menewaskan Girona 2-0 di Wanda Metropolitano, awal pagi tadi.
Atletico akan bertandang ke Catalonia, awal pagi Ahad ini, bagi mencongak perhitungan paling mendebarkan, dengan skuad kendalian Ernesto Valverde itu kehilangan dua mata pendahuluan selepas diikat 4-4 oleh Villarreal.
Simeone bercakap dalam sidang media selepas menewaskan Girona: "Kami akan mencuba apa yang terdaya. Kami akan mencuba untuk menewaskan mereka (Barca).
"Apa yang penting adalah kami kekal bersatu. Sama ada jurulatih atau pemain, sejak saya tiba di kelab ini, perkara paling penting adalah perpaduan."
Atletico bermula goyah dan terganggu dengan suasana di tempat duduk penyokong, yang mula melakukan protes pada minit ke-12, dengan mendakwa pemain pasukan itu tidak menghargai mereka ketika disingkirkan oleh Juventus dalam Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini.
Simeone gembira dengan cara pasukannya berkembang dalam perlawanan itu dan berasakan mereka sememangnya layak untuk meraih tiga mata.
"Selain daripada tandukan yang dilakukan mereka pada awal permainan, kami amat selesa dalam perlawanan ini.
"Kami mempunyai peluang untuk mejaringkan gol, namun ia terkena tiang.
"Terdapat satu peluang terbaik daripada Alvaro Morata dan dua atau tiga percubaan tepat daripada Griezmann.
"Kami berasakan yang kami amat berbahaya ketika menyerang.
"Selepas rehat, kami tidak beraksi baik, namun perubahan yang dilakukan kembali memberikan kami tenaga.
"Saya berasakan itulah yang membantu kami menjaringkan gol.
"Mereka mencuba untuk melakukan serangan balas dan menantikan kami melakukan kesilapan.
"Kami pula sentiasa mencari peluang jaringan walaupun tiada ruang diberikan.
"Pada akhirnya, kami tetap berjaya melakukannya," tambahnya.