Ernesto Valverde tidak akan mengendalikan Athletic Bilbao pada musim depan sambil dibayangi spekulasi dia bakal diumumkan sebagai jurulatih Barcelona yang baru.
Valverde mengambil alih tugas di kelab Basque itu pada 2013 dan membantu Athletic meraih tangga ketujuh musim ini.
Dalam pada itu, Barcelona masih belum mengesahkan nama jurulatih baru mereka -- pengumuman dijadualkan pada 29 Mei -- dengan Valverde dianggap antara calon utama untuk menyandang jawatan itu sejak Luis Enrique mengumumkan pada Mac lalu bahawa beliau akan meninggalkan Camp Nou pada akhir kempen ini.
Valverde, yang juga pernah membimbing Valencia dan Villarreal sepanjang kerjayanya, akan muncul dalam sidang akhbar di San Mames, hari ini, bersama Presiden Athletic, Josu Urrutia.
"Ernesto Valverde tidak akan bertindak sebagai jurulatih Athletic bagi kempen 2017-18," menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Athletic, semalam.
Pengurus berusia 58 tahun itu adalah bekas pemain Barcelona di antara tahun 1988 dan 1990, dan pernah memenangi Piala Copa del Rey dan Piala Antara Juara-Juara UEFA walaupun kebanyakannya digunakan sebagai pemain simpanan.
Valverde kemudian berpindah ke Athletic, di mana beliau menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di sana sebelum menjadi kakitangan di belakang tabir sehingga muncul sebagai jurulatih pasukan utama pada 2003.
Selepas berpindah ke Espanyol, Valverde menikmati msuim gemilang di Olympiakos apabila memenangi tiga kejuaraan liga di Greece, begitu juga ketika tempoh singkatnya di Villarreal.
Selepas itu, beliau kembali ke Athletic selepas setahun di Valencia.
Valverde membawa Athletic meraih kejayaan Supercopa ke atas Barcelona pada 2015 dan kini seolah-olah bersedia untuk menjadi pengurus seterusnya bagi membawa kejayaan ke Camp Nou.