ATALANTA 4 BOLOGNA 1
Atalanta memecah rekod Serie A sebagai satu-satunya pasukan yang menjaringkan empat gol dalam tempoh 15 minit pertama sejak 1932 ketika menewaskan Bologna 4-0 di Bergamo, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Gian Piero Gasperini itu hanya ketinggalan satu mata di belakang AC Milan bagi merebut slot terakhir ke Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Bologna di Stadium Atleti Azzurri d'Italia.
Mereka menjaringkan dua gol dalam lima minit pertama perlawanan dengan Josip Ilicic menewaskan penjaga gol lawan, Lukasz Skorupski, dari luar kotak penalti (minit ketiga) sebelum menggandakan jaringan itu berselang 122 saat.
Ilicic kemudian mencetus kepada jaringan ketiga tuan rumah dengan mengumpan bola yang disudahkan Hans Hateboer pada minit kesembilan.
Atalanta jelas tidak mahu kehilangan momentum itu dengan Remo Freuler bergandingan dengan Duvan Zapata bagi merealisasikan gol ke-20 pemain itu dalam Serie A musim ini.
Tiada pasukan lain mampu menghasilkan empat jaringan sepantas itu selepas Juventus melakukan perkara sama ketika menewaskan AS Roma pada Mac 1932.
Bologna, bagaimanapun, turut memperoleh jaringan dalam babak kedua dengan Riccardo Orsolini menemui penjuru kanan gawang lawan menerusi percubaan jarak jauh.
Musim terhebat itu mungkin menjadi lebih baik buat sekuad kendalian Gasperini berkenaan dengan mereka akan menantikan kunjungan Fiorentina dalam separuh akhir kedua Coppa Italia, hujung bulan ini selepas perlawanan pertama di gelanggang lawan berakhir 3-3.