Aston Villa melengkapkan perpindahan termahal dalam rekod kelab berkenaan selepas sah menandatangani Wesley Moraes daripada Club Brugge dengan kos keseluruhan dilaporkan bernilai £22 juta (RM114.6 juta).
Sebelum ini, Villa telah mengumumkan persetujuan dengan kelab dari Belgium itu, namun mereka hanya dapat memperkenalkan pemain itu di padang latihan pada awal pagi tadi selepas penyerang berkenaaan mendapat kebenaran untuk beraksi di England.
Wesley, 22, menghabiskan tiga setengah tahun di Brugge untuk menjadi pemain utama dalam dua musim terakhir dengan 24 gol daripada 76 perlawanan.
Dengan perpindahan itu, Wesley menjadi pemain termahal yang pernah ditandatangani Villa, mengatasi rekod £19 juta (RM99 juta) ketika mendatangkan Darren Bent daripada Sunderland pada musim 2010-11