Final Piala Malaysia Melabuhkan Tirai pada Sabtu..Tahniah JDT, Tahniah Terengganu..
Nak cerita hal perlawanan banyak dah dikupas.Penulis nak kongsi cerita yang sedikit beri nostalgia pada malam final.
Pertemuan Penulis dengan penyanyi "Santai Santai la sayangku pergi mana laju laju"... Faizal Tahir. Kami berpelukan.Lama betul tak jumpa.
Untuk makluman semua,Faizal Tahir dan Penulis pernah bergandingan selaku hos pada Sukan Olimpik Athens 2004 ketika penulis bertugas di sebuah stesen tv.Bukan sahaja Sukan Olimpik Faizal juga beberapa kali diberi tugas dalam sebuah rancangan mingguan.
Itu semua kekal dalam lipatan sejarah penulis.Apa pun sebagai sahabat penulis cukup mengagumi karektor yang dimiliki Faizal yang boleh penulis simpulkan sebagai Ikon Keamanan menerusi lagu dan lirik ciptaannya yang cukup memberi kesan kepada kita semua.
Sebagai contoh lagu Gemuruh yang hingga kini jadi lagu yang cukup sinonim dengan temasya sukan.
Tahniah Faizal Tahir yang juga penyokong tegar kelab EPL yang penulis tak suka.Hehehe
Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita
Semua serupa
Hafizal Hamad
Sun Dec 10 2023