Skip to main content

Bola Sepak

Aspas ganti Costa beraksi bersama La Roja

diego-costa.jpg
Penyerang Atletico Madrid, Diego Costa, menarik diri daripada skuad Sepanyol kerana masalah peribadi dengan Iago Aspas dipilih sebagai penggantinya.

Pengendali baru, Luis Enrique, telah menyenaraikan Costa sebagai penyerang utama pasukan menjelang perlawanan Liga Negara-Negara berdepan England dan Croatia.

Penyerang Celta Vigo, Aspas, akan meraih peluang kedua untu menyerlah di bawah kendalian Enrique.

Bekas pemain Liverpool itu menjaringkan satu gol di Russia dalam aksi peringkat kumpulan berdepan Maghribi tetapi tidak beraksi menentang Russia dalam pusingan 16 dan sekali gus tersingkir.

Aspas membuka saingan musim baru LaLiga bersama Celta dengan mengatasi Atletico Madrid 2-0 di Balaidos.

Sepanyol akan berdepan England di Stadium Wembley pada 8 September, tiga hari sebelum berdepan Croatia.
 

Advertisement

Must Watch Video