Skip to main content

Bola Sepak

Asmawi setuju dengan perancangan FAM

asmawi-bakiri.jpg
Pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, bersetuju dengan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu menyenaraikan jurulatih muda bagi menggalas tugas selaku pembantu ketua jurulatih Harimau Malaya.

Keperluan mengisi jawatan pembantu ketua jurulatih dengan calon tempatan bagaimanapun terletak kepada kehendak dan keperluan Kim Pan-gon.

FAM sewajarnya memberikan kebebasan kepada Pan-gon bagi menentukan barisan kejurulatihan yang bakal melancarkan tugasnya.

Jurulatih tempatan yang dipilih mampu untuk menyalurkan maklumat berkaitan bola sepak tempatan di samping menjadi platform terbaik menimba ilmu dengan barisan kejurulatihan dari Korea Selatan itu nanti.

"Jurulatih muda itu akan mendapatkan pakej, iaitu menimba pengalaman dan pengetahuan pendekatan yang diterapkan oleh Pan-gon ke dalam skuad kebangsaan. Perkara paling utama membantu Pan-gon dalam mendapatkan skuad terbaik," kata Asmawi.

Ketika ditanya mengenai calon terbaik bagi mengisi jawatan tersebut, ini jawapannya, "Saya memberikan contoh pada pandangan saya, sebelum ini Hairuddin Omar membantu Bojak Hodak dalam skuad B19 dan B23, sementara seorang lagi jurulatih muda yang ketika ini melakukan tugas cemerlang, adalah Nafuzi Zain dan seorang lagi adalah Nidzam Jamil. Tiga nama ini memiliki potensi dipilih sebagai pembantu ketua jurulatih skuad kebangsaan."
 

Advertisement

Must Watch Video