Pemain tengah Real Madrid, Marco Asensio, sedih dengan nasib malang yang menimpa dirinya tetapi bertekad untuk bangkit selepas mengalami kecederaan lutut yang serius.
Pemain berusia 22 tahun itu bakal terlepas aksi selama enam hingga sembilan bulan selepas mengalami kecederaan itu dalam aksi persahabatan berdepan Arsenal awal minggu ini.
Asensio menyumbat gol penyamaan buat pasukannya dalam pertemuan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) itu -- sebelum Madrid menang menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 -- dan dijangka menjadi kunci utama kepada skuad kendalian Zinedine Zidane itu menjelang musim baru tetapi sebaliknya berlaku apabila dia bakal mengharungi tempoh pemulihan yang panjang.
Bercakap buat kali pertama sejak Madrid mengesahkan kecederaannya, Asensio menggunakan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan.
"Saya memulakan musim ini dengan harapan baru, mencuba sedaya-upaya untuk persiapan agar ia menjadi musim terhebat buat semua peminat Madrid dan saya," katanya.
"Di peringkat tertinggi dalam kehidupan, anda tidak terjangka nasib malang dan segalanya berubah sekelip mata. Sukar untuk menerimanya ketika ini tetapi saya memulakan cabaran peribadi dalam kehidupan. Saya percaya ia bakal jadi musim terhebat.
"Pesanan sokongan dan kasih sayang anda membuatkan saya lebih kuat untuk menghadapinya. Terima kasih yang tidak terhingga untuk anda. Jumpa lagi."