Bukayo Saka perlu melindungi dirinya daripada taktik agersif tetapi pengurus, Mikel Arteta, memberi amaran dia mesti mematuhi undang-undang permainan.
Saka bertindak balas dengan marah terhadap terjahan Philippe Coutinho semasa Arsenal menang 4-2 di Aston Villa hujung minggu lalu, mendorong bekas pemain Liverpool itu sebelum rakan sepasukan campur tangan.
Saka telah terlibat dalam 49 gol Liga Perdana Inggeris untuk Arsenal (26 gol, 23 bantuan), dan boleh menjadi pemain termuda yang mencapai 50 penglibatan gol dalam pertandingan itu sejak Cesc Fabregas pada 2008 sekiranya dia menjaringkan gol atau membantu menentang Leicester City malam ini.
Dengan pasukan semakin berusaha untuk menggunakan tekel yang sukar untuk menghentikan aksi cemerlang pemain berusia 21 tahun itu, Arteta berasakan Saka mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya.
"Orang pertama yang perlu melindungi Bukayo ialah dirinya sendiri," kata Arteta. “Terdapat banyak cara untuk melakukannya di padang bola sepak, mengikut peraturan, dan dia perlu belajar dan memperbaikinya.
"Dia bertindak balas dan ia boleh boleh menjejaskan tumpuannya serta kualitinya di atas padang.
"Melihat daripada sudut positif, ia boleh membantunya, memberikan pengalaman supaya tidak terlalu terikut dengan situasi yang berlaku. Membantu supaya lebih fokus, lebih berazam tinggi, lebih yakin untuk tindakan seterusnya. Ia sesuatu yang dia perlu lakukan."

Final training session ✅
— Arsenal (@Arsenal) February 24, 2023
? Matchday in the East Midlands pic.twitter.com/Nkyu07ntrd