Mikel Arteta menuntut Arsenal agar menjadikan Brighton & Hove Albion sebagai titik kebangkitan selepas persembahan buruk di Crystal Palace awal minggu ini merencatkan usaha mereka merebut tempat ke Liga Juara-Juara (UCL).
The Gunners memasuki kelompok empat teratas tetapi mengharungi perlawanan yang mengecewakan di Selhurst Park apabila dibelasah 0-3 untuk tewas kali kedua berturut-turut selepas hanya tewas sekali daripada 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) kebelakangan ini.
Keputusan itu membuka ruang kepada seteru London Utara, Tottenham, yang menewaskan Newcastle United 5-1 untuk memintas dengan perbezaan mata tetapi pasukan bimbingan Arteta tersebut mempunyai satu perlawanan di dalam tangan.
Pengurus berbangsa Sepanyol itu mahu anak buahnya bertindak balas ketika menerima kunjungan Brighton yang belum pernah ditewaskan mereka malah dibolosi dalam tiga pertemuan terakhir mereka.
"Kekalahan sebelum ini telah berlalu. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk beraksi di hadapan peminat sendiri," katanya dalam sidang akhbar sebelum perlawanan.
"Kami perlu beraksi dengan lebih baik dan kami perlu bersaing jauh dengan lebih baik daripada yang kami lakukan sebelum ini. Kekalahan telah terjadi dan ia berlaku dengan baki sembilan aksi lagi, jadi kami perlu bertindak balas sekarang.
"Esok, kami perlu pamerkan persembahan bertenaga, komitmen dan semangat tinggi di depan peminat sendiri. Mereka perlu sahut cabaran ini."