Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Arteta: Arsenal mahu jarakkan diri dengan Liverpool

mikel-arteta.jpg
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menganggap pertemuan dengan Liverpool malam esok sebagai pengukur kepada kemampuan barisannya. 

Kelab yang berpangkalan di London itu dalam prestasi terbaik mereka dengan menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) tatkala persembahan The Reds merudum pada awal saingan. 

“Seperti yang anda lihat, kedudukan liga ini boleh banyak berubah dan saya tidak mahu membuat sebarang andaian," katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan itu. 

"Untuk mendahului Liverpool dengan 14 mata, kami perlu menewaskan mereka dan ia akan menjadi satu perkara yang sukar untuk dilakukan, tetapi kami bersedia untuk mencuba.

“Insentif itu ada, 100 peratus. Apabila anda mempunyai momentum, anda akan berada dalam rentak yang bagus dan anda boleh meninggalkan lawan sejauh mungkin yang mungkin, daripada segi psikologi juga sangat penting. 

"Kami perlu menunjukkan kepada pencabar bahawa tahap kami telah meningkat dan kami bersedia untuk bersaing dengan mereka."




Bagaimanapun, Arteta tetap menghormati lawan mereka itu sambil menegaskan kedudukan semasa tidak menjamin apa-apa, malah pemain-pemainnya harus membuktikan bahawa usahanya meningkatkan mutu skuad berkenaan mula menampakkan hasil. 

“Saya tidak di sini untuk menilai kedudukan Liverpool.

"Apa yang telah mereka capai dalam tempoh lima tahun yang lalu tidak memerlukan sebarang dijelaskan lagi. 

"Mereka berada di tahap yang serupa dalam setiap pertandingan selama lima tahun yang lalu, jadi pujian terhadap atas apa yang telah mereka lakukan.”

 

Advertisement

Must Watch Video