ARSENAL 0 VILLAREAL 0
(Villareal mara dengan agregat 2-1)
Mikel Arteta mendedahkan dia sering berasakan bahang tekanan sambil mengakui kedudukannya di Arsenal mungkin terancam.
The Gunners tersingkir di peringkat separuh akhir Liga Europa awal pagi tadi selepas buntu tanpa jaringan untuk Villarreal yang dikemudi bekas pengurus, Unai Emery, mengesahkan kemenangan agregat 2-1.
Buat kali pertamanya wakil Sepanyol itu mara ke final kejohanan utama sementara Arsenal sama sekali berdepan berkemungkinan kehilangan tempat di pentas Eropah musim depan.
The Gunners menghuni tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki empat perlawanan, justeru mereka perlu berusaha menawan Liga Europa untuk mengintai tempat dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Sekiranya mereka gagal mengesahkan kelayakan melalui liga, maka musim depan akan menjadi musim pertama sejak 1996-97 untuk The Gunners gagal bersaing di peringkat benua.
Ditanya BT Sport apakah dia semakin tertekan, Arteta menjawab: "Sepanjang masa saya berasakan tekanan kerana saya mahu melakukan yang terbaik demi pasukan, untuk setiap penyokong serta peminat dan hari ini adalah satu kekecewaan besar kerana kami telah mencuba segalanya untuk memenangi perlawanan ini."
Musim 2020-21 juga akan menjadi musim pertama Arsenal tidak tampil dalam sebarang perlawanan akhir sejak 2015-16, Arteta kemudian mengulas mengenai masa depannya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Kami harus tonjolkan (prestasi) ketika di atas padang. Ini bukan soal berbual semata-mata," katanya ketika ditanya bagaimana Arsenal mahu membuktikan kepada peminat bahawa mereka sedang membuat kemajuan.
"Kami amat kecewa memandangkan kami ingin menghadiahkan mereka sesuatu yang istimewa selepas melalui musim sukar.
"Tetapi apabila beraksi dalam pusingan kalah mati ini, anda memerlukan taruhan utama dengan sebaik-baiknya tetapi ia tidak mencapai tahap itu walaupun kami tetap berjuang hingga akhir wisel dan dalam babak kedua, kami layak memenangi perlawanan ini dengan 1-0, namun kami tidak berjaya.
"Saya rasa tugas setiap orang akan selalu diteliti.
"Hati kami remuk, kami amat bersemangat untuk berada di final. Kami tahu betapa berharganya kelab ini, peminat kelab dan kami sendiri untuk berpeluang memenangi gelaran dan berada dalam UCL musim depan. Ini adalah satu tamparan yang besar."
Ketika ditanya apakah dia masih percaya dengan kemampuannya sendiri: "Ya. Saya tidak akan duduk di sini jika saya tidak fikir mampu melakukannya. Anda akan melihatnya, ini bukan soal bercakap, ini mengenai membuktikannya di atas padang."

0 - In 2020-21, Arsenal have failed to reach the final of a major European/domestic cup competition for the first time since 2015-16 (reaching the 2016-17 FA Cup, 2017-18 League Cup, 2018-19 Europa League & 2019-20 FA Cup finals since). Fallen. #ARSVIL pic.twitter.com/MHa4sH0RlF
— OptaJoe (@OptaJoe) May 6, 2021