Satu lagi minggu, dan satu lagi kekecewaan dihadirkan Arsenal.
Dan kini, Mikel Arteta berhadapan tugas sukar untuk memastikan cabaran The Gunners terhadap kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak tersasar dengan cara yang sama.
Harus ia satu kes berulangnya sejarah tatkala kelab pendahulu itu sekali lagi membiarkan pendahuluan dua gol terlepas begitu saja di samping mencicirkan mata berharga buat minggu kedua berturut-turut.
Keputusan seri 2-2 dengan West Ham itu pada Ahad, mengulangi skor yang sama dengan Liverpool, tujuh hari terdahulu.
Ia harus satu keterbiasaan yang perlu dibayar dengan harga mahal, terutama pada waktu kekerapan untuk menang kini memihak kelab di tangga kedua, Manchester City.

Berlawanan dengan perihal mudahnya buat juara bertahan, City, yang melakar kemenangan buat kali ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan dengan mengalahkan Leicester 3-1 pada Sabtu, Arsenal pula dilihat terumbang-ambing.
Seolah-olah dua keputusan seri berturut-turut – mencicirkan empat mata – tidak cukup buruk buat Arteta, hakikat betapa mudah pasukannya membiarkan keputusan diimbangi Liverpool dan West Ham harus lebih menjadi kebimbangan utama.
Dalam kedua-dua perlawanan berkenaan, Arsenal seakan-akan hanya meluncur. Tapi di Stadium London, sama seperti di Anfield, mereka runtuh di bawah tekanan.
“Kegusaran saya ialah selepas mendahului 2-0, kami melakukan kesilapan besar dan tidak memahami apa yang dituntut permainan pada waktu itu,” cetus Arteta seperti dipetik laman sesawang ctvnews.
“Kami perlu berminda kejam untuk segera mematikan lawan tapi kami tidak melakukannya.”
Terdahulu, Gabriel Jesus dan kapten, Martin Odegaard, kelihatan meletakkan Arsenal di landasan untuk membuka jurang enam mata dengan City apabila meledakkan jaringan dalam tempoh 10 minit pembukaan.
Malangnya, gambaran itu hanyalah sehingga sepakan penalti Said Benrahma pada minit ke-33 mendorong kebangkitan tuan rumah yang seterusnya mengikat kedudukan selepas 54 minit permainan.
Di antara kedua-dua gol itu, Bukayo Saka menghalakan sepakan penaltinya keluar ketika ia harus meletakkan Arsenal 3-1 di depan.
Di sebalik mencicirkan empat mata dalam dua perlawanan, Arsenal masih kekal empat mata di atas City, yang bermain kurang satu perlawanan di samping memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik.
Kurang sedikit daripada sebulan lalu, jurang pendahuluan Arsenal ke atas City sebenarnya ialah sebesar lapan mata.
Arsenal akan berdepan City dalam “ibu segala perlawanan” di Stadium Etihad pada 26 April, dan Arteta perlu berharap keputusan mengecewakan akhir-akhir ini tidak meruntuhkan keyakinan pemain-pemainnya.
“Kami perlu mengingatkan diri bahawa kami masih di puncak liga dan segala-galanya masih di dalam tangan kami,” ujar Odegaard.
Sambil itu, Manchester United berterima kasih kepada gol-gol Antony dan Diogo Dalot untuk meraih kelebihan dalam perebutan ke Liga Juara-Juara (UCL), terutama apabila pesaing-pesaingnya, Newcastle dan Tottenham, mengalami kekalahan pada Sabtu.
United kini memanjat ke tangga ketiga, tiga mata di atas Newcastle.