Pemain tengah Wolves, Ruben Neves, memperlekehkan mentaliti Arsenal yang meraikan kemenangan di Molineux, awal pagi tadi, apabila melabel tingkah laku mereka bagaikan telah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Gunners naik ke tangga kelima dengan kemenangan tipis 1-0 itu yang menyaksikan mereka terpaksa mengharungi aksi dengan 10 pemain dalam tempoh 20 minit terakhir.
"Kami melakukannya dengan baik tetapi kami bergelut untuk menjaringkan gol dan kerap digugat dengan situasi bola mati," kata Neves.
"Terdapat keraguan mengenai gol pihak lawan itu sama ada ia satu kekasaran atau tidak tetapi itulah bola sepak. Kami sudah terbiasa dengan keputusan ini.
“Kami perlu tajamkan lagi penyudah memandangkan kami mencipta peluang tetapi tidak cukup bagus untuk menyempurnakannya.
"Saya boleh menerima keputusan mengenai gol mereka itu tetapi dalam adakala dalam beberapa perlawanan, pengadil akan mengatakan ia adalah satu kekasaran dan dalam beberapa perlawanan lain pula mereka berkata tidak. Mereka perlu kekalkan tindakan untuk setiap perlawanan kerana ia mengecewakan kami.
"Melihat kepada cara mereka meraikan kemenangan ini, ia menjadi ukuran kepada tahap kami.
"Saya tidak pernah melihat Arsenal meraikannya dengan gaya sebegitu sejak 10 tahun lalu -- seolah-olah mereka baru memenangi liga."

? One-nil... to The Arsenal! ? pic.twitter.com/FENv1BoZ88
— Arsenal (@Arsenal) February 10, 2022