Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal lakar kemenangan kesembilan berturut-turut

alexandre-lacazette.jpg
FULHAM 1 ARSENAL 5

Arsenal merakamkan kemenangan kesembilan dalam semua kejohanan selepas menewaskan Fulham 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.


Alexandre Lacazette meledak dua gol untuk The Gunners sebelum Aaron Ramsey turut bertindak sebagai penjaring manakala dua gol Pierre-Emerick Aubameyang memastikan kemenangan bergaya buat skuad kendalian Unai Emery itu di Craven Cottage.

Andre Schurrle menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama tetapi gagal mengekalkan rentak permainan, sekali gus meyaksikan skuad bimbingan Slavisa Jokanovic itu mengalami kekalahan kelima daripada lapan perlawanan.

Arsenal, yang tewas kepada Manchester City dan Chelsea, Ogos lalu, kini menghuni tangga ketiga liga di atas Tottenham menerusi perbezaan jaringan.
 

Advertisement

Must Watch Video