Kekalahan Barcelona di tangan AS Roma selepas memperoleh kelebihan dalam aksi pertama dianggap sebagai satu pengajaran oleh Arsenal menjelang suku akhir kedua Liga Europa bertemu CSKA Moscow.
Skuad kendalian Ernesto Valverde itu menang 4-1 dalam aksi pertama di Camp Nou, namun kebangkitan hebat Roma di Rome membolehkan pasukan dari Itali itu mencatat kemenangan 3-0, sekali gus mengesahkan tempat dalam separuh akhir.
Situasi yang sama, CSKA kini ketinggalan tiga gol tetapi bekalan satu gol di Emirates sebelum ini tentunya menjadi pertaruhan utama buat mereka untuk bangkit di laman sendiri, awal pagi esok.
“Saya menonton pertemuan di antara Manchester City dan Liverpool, hanya sempat menyaksikan perlawanan di Rome pada penghujung aksi,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
“Ia adalah aksi biasa apabila mereka mahu mempertahankan kelebihan. Mereka dibolosi awal dan itu boleh berlaku, sebab itu kita sukakan bola sepak. Ia tidak boleh dijangka. Amat penting untuk kami bermula sebagai sebuah pasukan.
“Saingan Liga Europa sangat penting buat kami dan semua orang tahu mengenainya. Ia adalah salah satu sasaran besar kami pada musim ini.
“Kami tidak rasa Arsenal berdepan ancaman besar. Tugas berat menanti tetapi kami berada dalam keadaan yang baik. Bagaimana kami menghadapi aksi itu bakal menjadi penentu,” katanya.
Pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi, bmerasakan apa yang berlaku terhadap Barca menjadi peringatan buat pasukannya yang kini mendahului hasil dua jaringan masing-masing daripada Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette.
“Ia tiba tepat pada masanya buat kami. Dalam bola sepak, anda sentiasa tidak selamat.
“Anda harus berhati-hati dalam setiap penampilan. Saya rasa perlawanan yang kami tonton semalam menjadi peringatan penting untuk kami sentiasa beraksi baik,” ujar Mustafi.