Unai Emery percaya Arsenal kehilangan semangat juang ketika di bawah kendalian Arsene Wenger.
The Gunners sedang mempersiapkan pasukan untuk menentang Chelsea dalam final Liga Europa di Baku, awal pagi esok.
Emery menggantikan pengurus yang sekian lama berkhidmat, Wenger, sejak awal musim ini dan pengendali berbangsa Sepanyol itu mampu menamatkan kempen pertamanya dengan julangan piala jika Arsenal menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir itu.
Ia merupakan musim yang mencabar buat Emery, yang berusaha untuk mengembalikan semangat berdaya saing Arsenal selepas kehilangannya sejak era 22 tahun Wenger.
Wenger menghadiahkan tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris sepanjang tempoh perkhidmatannya di London, namun Arsenal tidak pernah menjadi juara liga sejak 2004 selain gagal menduduki empat tempat teratas dalam tiga musim terakhir.
"Ketika saya tiba di sini, kami melakukan beberapa perubahan," kata Emery, yang menamatkan liga di tangga kelima, kepada akhbar United Kingdom (UK).
"Sebelum era Wenger, Arsenal sangat kompetitif.
"Selepas kehadiran Wenger, ia bertambah kompetitif dengan kemasukan pemain berkualiti dan bersemangat juang.
"Ia mencipta waktu terhebat buat Arsenal.
"Namun, dalam tahun-tahun terakhir, mereka tidak lagi kompetitif dan hanya mengekalkan kualiti.
"Saya belajar daripada jurulatih lain, termasuk mendengar dan memerhati bahawa anda perlu menjadi kompetitif dengan pemain yang mempunyai fizikal dan kualiti.
"Anda memerlukan kedua-duanya.
"Jika anda mempunyai pemain berkualiti sahaja, ia amat sukar untuk bersaing dengan pasukan lain.
"Sama juga jika anda memiliki pemain yang mempunyai fizikal tetapi tidak mempunyai kualiti.
"Jadi, idea saya adalah untuk mempunyai kedua-duanya dan membina pasukan berdasarkan kriteria itu.
"Apa yang penting, kami perlu kembali kompetitif dan kami sedang melakukannya secara sedikit demi sedikit.
"Benar kami memerlukan lebih, namun ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh setahun.
"Bagaimanapun, kami perlu mengecilkan jurang itu dan kami sudah bermula untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain.
"Arsenal kekurangan semangat juang, itulah perkara pertama yang saya terima ketika tiba di sini.
"Pasukan ini sudah menunjukkan perwatakan secara sedikit demi sedikit."